Syarat Pertandingan.
Pertandingan ini ialah anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak dengan sokongan Jabatan Pelajaran Sarawak. Antara objektif pertandingan ini adalah untuk memupuk kecintaan terhadap keindahan alam sekitar dan juga mengenali dan menghargai pelbagai budaya di Sarawak. Selain itu pertandingan bertujuan mencungkil bakat pegawai dalam bidang fotografi serta merangsang idea-idea kreatif dalam menzahirkan negeri Sarawak sebagai destinasi pelancongan Negara. Tema pertandingan adalah “Sarawak: Destinasi Pelancongan Negara” Tema pertandingan ini terbahagi kepada 4 tajuk:
1. Budaya
Merangkumi foto-foto yang menunjukkan budaya warga Sarawak yang pelbagai sama ada semasa keraian, perayaan atau upacara tradisional.
2. Pemandangan
Merangkumi foto-foto yang menunjukkan pemandangan indah mahupun landskap menarik yang terdapat di negeri Sarawak. (air terjun, sungai, pantai, gunung-ganang dan lain-lain)
3. Flora dan Fauna
Merangkumi foto-foto yang berkaitan dengan haiwan atau tumbuhan yang terdapat di negeri Sarawak.
4. Seni Bina.
Merangkumi foto-foto yang menunjukkan bangunan bersejarah mahupun seni bina menarik yang terdapat di negeri Sarawak.
Syarat-syarat pertandingan:
1. Penyertaan terbuka kepada warga BTPN, PTPB dan PKG seluruh Sarawak.
2. Peserta boleh menggunkan kamera digital ( minimum 3.1 megapixel), digital SLR, atau kamera analog ( negatif filem ) untuk penggunaan kamera analog, negatif scan boleh digunakan ( minimum resolusi 300 dpi ). Imej yang diambil menggunakan telefon bimbit atau PDA tidak akan diterima. Saiz minimum fail imej adalah 1.5MB.
3. Foto mestilah hasil kerja sendiri dan belum pernah dihantar untuk menyertai mana-mana pertandingan serta belum pernah disiarkan dalam mana-mana penerbitan.
4. Saiz gambar bercetak ialah 8 in X 10 in (8R). Setiap gambar yang dihantar dihantar mestilah disertakan dengan imej digital iaitu dalam bentuk CD ( softcopy ) dalam formet JPEG, TIFF atau BITMAP. Borang penyertaan hendaklah dilekatkan di belakang gambar tersebut.
5. Teknik mengambil gambar adalah bebas. Hanya tindakan merapikan imej seperti memotong, imbangan cahaya, warna serta menajamkan imej sahaja yang dibenarkan.
6. Setiap peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan, tetapi hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.
7. Tema gambar boleh dibuat dalam bentuk bersiri sebagai contoh pokok kelapa bermula dari gambar keseluruhan pokok, batang, daun dan lain-lain bahagian pokok.
8. Untuk gambar yang dibuat secara bersiri, penilaian akan dibuat berdasarkan keseluruhan gambar.
9. Semua penyertaan hendaklah dihantar kepada pihak penganjur pada atau sebelum 4 Ogos 2010.
10. Pihak penganjur tidak akan bertangungjawab jika penyertaan yang dihantar rosak atau hilang semasa pengiriman melalui pos.
11. Keputusan panel hakim adalah muktamad.
12. Semua penyertaan yang dihantar adalah hak milik penganjur.
13. Semua pemenang akan dihubungi oleh pihak penganjur melalui panggilan telefon dan surat.
14. Borang penyertaan dan maklumat pertandingan boleh didapati di ;
i ). Unit Media, Promosi dan Inovasi, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak, Lot 1256, Jalan Dato’ Mohd. Musa, 94300 Kota Samarahan, Sarawak.
(Tel : 082-661669 – ext. 129) atau
ii). Melalui http://unitmediapromosidaninovasi.blogspot.com
15. Semua penyertaan hendaklah dihantar ke alamat berikut :
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak,
Lot 1256, Jalan Dato’ Mohd. Musa,
94300 Kota Samarahan, Sarawak.
(u.p: Unit Media, Promosi dan Inovasi)
Tell. 082 661669 – samb. 129.
Di bahagian kiri sampul hendaklah ditulis ‘Pertandingan Fotografi Kenali Sarawak 2010’
Hadiah-hadiah pertandingan:
Johan Sijil fotografi
Naib Johan Sijil fotografi
Ketiga Sijil fotografi
Sijil Penyertaan Untuk Setiap Peserta.
Borang penyertaan adalah seperti dibawah :